Friday, 26 May 2017









JALAN JALAN...ke Pulau BATAM






Selesai majlis konokesyen anak di Polythenik Merlimau Melaka pada hari Ahad 5Mac 2017,maka petang nya kami meneruskn perjalanan ke Johor Baharu,setelah tinggal di hotel Hallmark,Bukit Baru , Melaka,selama dua malam.Di Johor kami menginap di J.A. Residence Hotel untuk satu malam sambil jalan2 di pasar malam bersebelahan Sungai Seggit.Malam tu sebelum tidur teringat pula hendak melancung ke Pulau Batam,Indonesia.






Besoknya saperti yang di rancang,maka selepas minum pagi kami pun pergi ke terminal feri di Stulang Laut dan berjumpa dengan pegawai kastam disitu untuk mendapatkan maklumat tentang perjalanan ke Batam dan hotel yang baik dan serta tempat2 lawatannya.Setelah berpuas hati serta mendapatkan maklumat yang di perlukan, maka saya buat keputusan untuk kesana.Saya parking kereta di shopping kompleks Berjaya bangunan yang berhadapan dengan terminal feri tersebut.
Setelah semua siap saya pun pergi kaunter tiket untuk membeli tiket untuk tiga orang,harga tiket rm 378 untuk tiga oaranr pergi balik.,feri bertolak jam 12.30 tengahhari.

Balai menunggu dan kaunter tiket.






Jam 12.15 kami di panggil untuk ke kaunter pemereksaa imegeresen dan kastam,sungguh mengejutkan salah seorang pegawai kastam yang bertugas itu saya kenal,bapa nya seorang Penguasa Kastam dan kami duduk berjiran di kuaters kastam Fair Park tersebut.masa itu pegawai kastam ini masih bersekolah.Abdul Rahman Abu Bakar nama nya,Jadi apabila masing2 berjumpa semula panjang lah cerita nya,lama sungguh tidak berjumpa .terakhir berjumpa sekitar hujung tahun 80an kerana masing2 sudah bertukar,dia berpindah mengikut bapa nya yang bertukar ke Pelabuhan Klang dan saya ditukarkan ke Johor Baharu.





Terima kasih kepada beliau dan pegawi2 yang bertugas di kaunter pemereksaan itu atas layanan di beri,saya di bawa nya hingga ke pintu pelepasan feri serta membekalkan makanan dan minuman untuk dalam feri nanti.Kami menaiki feri untuk meneruskan perjalanan,Menaiki feri lebih kurang satu jam setengah pelataran,air laut tenang cuma sekali sekali saja berkocak apabila berselisih dengan kapal2 lain.
Sampai di terminal Nagoya Batam kami mencari teksi untuk mencari hotel,terminal  feri ini besar dan cantik juga.Kerana sampai pun sudah lewat tengahari,pemandu membawa kami makan di restoran nasi padang.







Pemandu teksi membawa kami untuk check in di hotel ini...didaerah Sungai Jodoh.Ramai jugak pengunjung dari Malaysia yang menginap di hotel ini..terutama pemain golf nya.











Hotel Kireinn ini kawasan nya berderet gerai2 makan dan pasar2 menjual kain,tapi tidak jauh dari hotel ini,cuma beberapa meter menyemberang jalan banyak hotel2 mewah berdekatan dan juga rumah makan.nasi padang dan restoran mamak jual roti canai,capati yang cantik dan bersih.Antara hotel mewahnya nya, hotel Nagoya,Allium,Hormony dll.Hotel2 ini juga tidak jauh dari mesjid besar dibandar itu.















Pusat membeli belah dan mall yang besar terletak di bandar Nagoya,disini pengunjung dan tempat makan yang sedap2.




 Saya menyewa sebuah kereta inova untuk jalan disekitar bandar dan melawat dilain2 tempat yang menarik,sewaan untuk satu hari Rp500,00,termasuk pemandu,minyak dan parking.


nama pemilik dan pemandu yang akan membawa saya pusing pusing.


Pagi2 lagi kami berangkat menuju Perkampongan Vietnam perjalanan hampir satu jam setengah.Sepanjang perjalanan itu kita dapat melihat Pulau Batam ini sedang meningkat maju,melihat kepada pembinaan jalan dan hightways nya,bangunan tinggi2 apartment dan gedung2 perniagaan.Disini juga terdapat banyak kawasan industri yang besar muncul,maka tidak hairan lah Batam telah menjadi tarikan pelancung dan pelabur dari luar.

di mesium Perkampongan Vietnam.


















Pujianto pemandu kami.











Melawat perkampongan Vietnam,mengikut sejarahnya perkampongan ini ujud sewaktu perang di Vietnam,dan mereka ini merupakan pelarian perang.






















Olih kerana masa pendek berada disana saya tidak berkesempatan untuk meneruskan perjalanan ke pulau2 yang berhampiran saperti Pulau Bintan dan,Tanjung Pinang.InsyaAllah ada masa saya akan kesana nanti.

No comments:

Post a Comment