Tuesday, 26 February 2019

Street Food Hatyai....free and easy untuk rehat dan makan2 sekitar bandar Hatyai sahaja.

Kami bertiga saya,isteri dan anak sebagai pemandu dan saya co..pilot.




Memulakan perjalanan keluar negara pada 2019 ini destinasi nya ke sempadan utara Malaya negara bandar terdekat negara jiran Hatyai Thailand.Perjalanan ini menggunakan kenderaan sendiri,pada 11 /1/ hingga 14/1/2019,dan berhenti di Cergas Jaya,Bukit Kayu Hitam,simpan kereta disini dan meneruskan perjalanan ke Hatyai dengan menaiki teksi.
Bertolak dari Ipoh pagi dan memasuki highway ke utara.

11/1/2019.





Pilot ....seronoknya dia..

Pemanduan pagi itu agak tenang dan selesa,highway ke utara tidak banyak kereta,maklum lah travel week day dan sekolah mula dibuka setelah sebulan bercuti.
Kami keluar dari highway dan memasuki pekan Gurun Kedah untuk makan dan solat jumaat,dan singgah makan tengahhari dulu...wah..terjumpa kedai makan yang penuh dengan pelanggan,mesti sedap ni..Kak Chaq ikan bakar nama kedainya.Ikan bakar ada dan lauk pauk pun macam2 jenis.Puas hati makan disini sedap dan menyeleraka.



Kegemaran saya ikan keli bakar..




kedai makan Kak Chaq. 

Selepas solat jumaat kami meneruskan perjalanan menuju ke Bukit Kayu Hitam..sampai disini jam 4 ptg,parking kereta dan cari teksi ke Hatyai.Parking semalam rm 15.00 dan tambang teksi Bht 800 dan balik nya dia bagi kurang jadi Bht 600.Sudah lama tidak ke Danok dan Hatyai,begitu juga ke kompleks kastam Bukit Kayu Hitam,di disini saya pernah bertugas di awal tahun 90an.Tapi sekarang sudah banyak yang berubah kompleks Kastam dan kompleks Kastam Thailand pintu masuk sempadan telah berubah wajah,besar dan lebih selesa.
Sampai di Hatyai sudah lewat petang,kami terus check in di Hotel Grand Plaza yang terletak di Hatyai Central,kawasan yang di kelilingi olih hotel2 dan shopping komplek ,disini tempat hotspot jadi tumpuan pelancung semua ada termasuk yang hendak melepak dan mencari makan di stret food.








Chech in di hotel Grand Plaza....

Rehat sebentar dan solat magrib dan isya' dan baru cari makan di street food Hatyai.,kawasan hotel ini sungguh ramai dan tempat2 makan yang halal milik orang islam.Di sini ada,udang goreng,ayam goreng, pulut durian dan mangga, mee serta lain2 makan yang berat2.



Udang goreng...6 ekor bht 300.












tunggu mee tomyam...menunggu lama untuk dapatkan tempat duduk.


Selepas makan balik ke bilik isterehat untuk hilang kan penat hendak massage sudah lewat malam.
Hari kedua bangun pagi untuk minum pagi, cari kedai makan orang islam,jalan kaki tidak jauh dari hotel,pekena roti canai dan nasi berlauk kan gulai Keang Som ikan siakap masak pedas dan masam2 sikit,sejak dulu lagi gulai ini jadi kegemaran saya,cukup pedas dan sedap.

12/1/2019.
makan pagi disini...
Selepas minum pagi jalan2 di sekitar shopping kompleks dan gerai2 yang menjual berbagai kain dan buah2an depan hotel dan singgah lagi makan lah sikit,kemudian massage kaki sebab sudah penat berjalan.











makan tengah hari di Rest.Hamid,antara kedai makan menjadi kunjungan pelancung2 dari Malaysia dan orang islam.








ice krim kelapa...syurupppp enaknya.


urut kaki saja tau...

Selepas  shopping sikit di Cetral Mall dan Odeon serta di gerai2 pakaian,balik semula ke hotel untuk berehat sebentar dan solat,,sebelum meneruaskan untuk ke floating market ,buka jam 3.00 ptg thai time.Buka petang jumaat,sabtu dan ahad.
Jam 4.00 kami turun ke lobby dan didekati olih pemandu tuk tuk ,setelah tawar menawar,pemandu tuk tuk bersetuju untuk membawa kami ke floating maerket,kami diberi 2 jam disana dan selepas akan membawa kami ke Asean night market untuk satu jam disana,dengan bayaran keseluruhan nya bht 600,saya setuju.Terus naik ke floating market dulu.












































Lewat petang selesai jalan2 dan makan di floating market,kami terus ke Asean Market atau night market,untuk singgah melihat lihat dan shopping sikit.Disini merupakan pusat membeli belah dan ramai orang berkunjung di pasar ini.Lebih kurang 2 jam disini dan balik semula ke hotel,sebelum itu makan malam dulu di Salmah rest.b yang berhampiran dengan hotel tempat kami menginap berhadapan dengan Hamid rest.

13/1/2019.
nak balik dah... sebelum itu bangun pagi kami menaiki tuk tuk untuk kepasar besar untuk shopping dan minum pagi.Disini banyak barang jualan kain baju dan bag2 dsb nya,makan disini restauran atas pasar ini pun sedap2 belaka.Jam 10 Thai time kami check out untuk balik,serta singgah sebentar di Cergas Jaya duty free shop untuk berjumpa kawan2 lama disana sambil memberi barang sikit.Kemudian terus ke MRSM Beseri melawat cucu yang belajar disini.lewat petang baru balik.Hendak meneruskan perjalanan balik ke Ipoh masih jauh lagi dan badan pun sudah penat.Jadi malam itu kami check in di T Hotel Kuala Perlis.Malam nya pekena ikan bakar dulu.



14/1/2019.


Pagi nya sempat solat subuh di mesjid terapung Kuala Perlis,dan serapan pagi restoran sebelah hotel itu sahaja.









Sebelum meninggalkan Kuala Perlis singgah dahalu di Adna Laksa House, pekena laksa yang kaw punya.
Dalam perjalanan balik lewat petang singgah dulu pekena mee udang di Sungai Dua,tiga orang makan termasuk minum rm 90 juga tapi puas lah makan udang nya.Singgah di RnR Bukit Merah untuk mandi dan solat.Sampai rumah lewat malam,badan penat terus masuk tidur.
Alhamdulillah selamat sampai....




HANOI...VIETNAM  3 Nov 2018 hingga 6 Nov 2018...Group Ex Kastam Ipoh 

Hajat untuk ke Hanoi telah lama dirancang dan akhir nya terlaksana juga.,dengan menaiki Airasia dari KLIA 2,Berlepas agak tengahhari juga dan sampai di lapangan terbang Hanoi sudah petang dan terus saja ke hotel,berehat makan malam dan jalan2 di pasar malam nya untuk shopping


casiana hotel


Jalan jalan di pasar malam bandar Hanoi.

















sepanjang kiri kanan jalan terdapat gerai2 makan yg penuh sesak,meja kecil dan rendah yang disediakan di kaki lima untuk pengunjung.Tenguk aja lah nampak menyelerakan tapi tidak halal..





Pusing habis di pasar malam ini dengan pelbagai jenis barang di jual..kain baju,.dll.

Hari ke 2.,























































































































































Waktu baliknya flight delay lama juga menunggu di lapangan terbang itu tetapi pehak syarikat penerbangan sediakan makan malam untuk kami.