Sunday, 10 September 2017


Kali ini melihat bandar PERTH dan bandar berdekatan.




Beberapa tahun yang lepas saya dan keluarga melancung ke Sydney kali ini teringin  untuk ke Perth pulak.Saya dan isteri berserta anak dan keluarga nya buat keputusan untuk kesana pada 10 mei himgga 14 mei,untuk 5 hari sahaja.Kami menaiki Malindo Air jam 8.25 pagi dan sampai di lapangan terbang Perth jam 14.10 ptg,penebangan ini mengambil masa 5 jam 30 minit.


menuggu bas diluar lapangan terbang Perth


dalam bas



















Sampai lapangan terbang kami menaiki bas untuk ke Apartment..Quest Apt. jalan Adelide,bas ini berhenti betul2 depan aprt.kami,jadi semuanya mudah.Perth ini sebenarnya tidak lah sesibuk Sydney,Tokyo,Hong Kong.Melintas jalan kereta tidak banyak begitu juga bas pun biasa saja tidak sesak.Jalan Adelaid ini banyak hotel dan apartmen saperti Hyatt,Quality Hotel,Novotel banyak lagi.Hari pertama tiada kemana,masak dan makan di aprt.,kebetulan jam 6.00 ptg cuaca sudah gelap dan banyak kedai2 sudah tutup.Selapas makan baru lah turun untuk melihat kawasan sekitarnya dan pergi ke supermarket untuk beli barang2 keperluan untuk memasak,walau pun kami juga ada bawa bahan untuk memasak.
Hotel dan supermarket berdekatan....












Besoknya selepas minum pagi,kami bersiap untuk jalan2 dan melihat bandar Perth dengan menaiki bas percuma...Elizebth Quay,Weliling Street,setesen keretapi dan shopping kompleks.:


::


























































Dah puas berjalan maka sebelum malam nya untuk balik ke aprt.kami singgah dulu kedai makan orang melayu kita,







Ramai jugak keluarga melayu makan disini dan masakan nya pun sedap..
Besoknya kami meneruskan pengembaraan di luar bandar Perth,dengan menyewa sebuah kereta jenis Holden.Dulu di tahun2 60an kereta model ini banyak di pakai  di negara kita,terutama olih jabatan kerajaan.Kami mulakan perjalanan dengan berhenti di King Park,Botanical Garden sambil melihat bandar Perth dari atas bukit dan Swan River.




















Selepas itu kami menuju ke Caversham Wild Park,White Man Park,Sand Dune dan singgah dipantai2,perjalanan ini agak jauh dan memakan masa yang panjang.















































Seharian di Caversham Wildlife Park,Whiteman Park dan petang kami  balik untok menginap di Mullaloo Beach Hotel,perjalanan ini mengambil masa yang panjang kami sempat singgah dibeberapa pantai untuk berehat.Jugak melihat orang bermain pasir di sand dune,singgah sebentar saja kerana waktu sudah senja.

Mullaloo Beach Hotel.......













Setelah minum pagi kami meneruskan perjalanan ke Pinnacles sebuah lagi tempat distinasi pelancungan,yang agak jauh juga dan seharian disini.














Perjalanan yang panjang dan jauh dari satu tempat  ini benar mengambil masa,menyebabkan untuk kelain2 tempat semacam tidak cukup masa.Lewat petang kami kembali semula kebandar Perth untuk menginap di City Stay ditengah bandar Perth.Besuknya pagi kena check out awal,,untuk ke lapangan terbang dan balik,dan ambil kesempatan untuk singgah di bandar Freemantle.
















Singgah di bandar ini sebentar saja,sepatutnya tidur semalam disini,suasana pekan kecil ini amat menarik untuk duduk sambil minum kopi dan makan2.Lima hari di Perth tidak mencukupi kerana antara satu tempat itu jauh2 mengambil masa satu hari,kami terlepas untuk melawat ke ladang apple dan anggur.Walau bagaimana pun perjalanan ini lancar dan menyeronokan.






No comments:

Post a Comment