Monday, 22 October 2018


Alah lamo indak basao.....


Perjalanan kali ini menuju ke Padang dan Bukit Tinggi tujuan wisata dan kok dapeik bersuo sanak  saudaro disinan..Perjalanan ini pada 15/9/2018 hingga 19/9/2018.. 5 hari 4malam..Degan penerbangan Airasia every one can fly,penerbangan jam 3.40 ptg dari KLIA dan sampai di lapangan terbang Minangkabau jam 3.40 ptg WIB.

Lomak dek awak ketuju dek uhrang...(win win stuation)

Perjalanan bersama adik beradik sekeluarga ini,terdiri dari saya dan isteri,adik bokar isteri dengan anak dan seorang teman sepejabatnya saya,ainon,bokar,lin,najwa dan dafi..Segala nya diatur rapi dengan tarikh keberangkatan,tambang,tempat penginapan, pengangkutan dan makan.Segala nya dapat kata sepakat.




























Sampai di lapangan terbang Minangkabau,.kami enam orang semuanya,di airport kami disambut olih pak Pian pemandu van dan sebagai pemandu pelancung sekali.Pak Pian akan bersama kami selama tempuh 5 hari 4 malam ini.Perjalanan ke Bukit Tinggi ikut kata nya mengambil masa dua jam setengah kalau jalan terus,tetapi akan sampai lewat dari masa yang di tetapkan kerana hendak singgah makan dan minum2 ringan dalam perjalanan.






















Ini ada lah restoran nasi padang yang yang pertama kami singgah sebelum meneruskan perjalanan ke Bukit Tinggi,masing2 dah terlioq hendak makan sambal cili hijau,terong sambal campur jering,rendang daging yang menjadi idaman setiap kali semua orang yang berkunjung ke Padang..






Memang kena dengan nama restoran nya Lamunan Ombak kita makan pun macam ombak badai,makan punya lah berselera,tambah nasi sampai tiga kali.tiada pantang dan tiada hendak kontrol makan lagi.Meja penuh dengan lauk pauk, pilih saja yang hendak di makan.minuman nya sudah tentu apokat,kegemaran setiap pengunjung yang makan disini.Selepas makan kami meneruskan perjalanan ke Buki Tinggi,hari pun sudah gelap dan malam tiba,tiada lah nampak apa2 sepanjang perjalanan ini.Cuma nampak juga lah nama2 pekan yang kami ,lalaui..saperti didalam lagu Ayam den lapeh..luruih lah jalan Payakumbuh,mendaki jalan Pandaisikek,kemudian turun ke Baso,juga melalui pekan serambi Mekah ,Padang Pandjang,pekan ini banyak sekolah ugama,dan yang melahirkan ramai tokoh2 ugama yang tersohor di rantau nusantara ini.
Setelah hampir dua jam dalam kenderaan,rasa mula penat dan minta pemandu berhenti rehat untuk minum kopi dan makan yang ringan.Kami berhenti di Restoran Kubang untuk minum dan makan murtabak mesir dan murtabak bandung,cuba hendak rasa juga,yang istemewa nya murtabak bandung,yang mempunyai pelbagai perisa,semacam apam balik juga.Ada di bubuh chesse,kacang,coklat dan lain2.
















Selain itu restoran ini ada juga menyediakan makanan tempatan,selepas itu kami meneruskan perjalanan menuju Bukit Tinggi dan mencari homestay tempat penginapan kami untuk empat malam ini.
Kami check in jam 9.30 mlm.,homestay mewah ini amat selesa,besar,bersih,punya alat perabut dan alatan masak dapur dan pinggan mangkok yang ada klas, empat bilik,bilik tidur nya pun cantik.Tapi yang kurang nya tiada aircon dan kipas angin,maklum lah Bukit Tinggi ini hawanya dingin yang tidak memerlukan ini semua.Homestay ini terletak di kawasan rumah2 mewah,dan kanan nya sawah padi.Homestay ini terletak di Aur Birugo Tiga Belas di belakang sekolah ugama Sekolah Dasar Islam MASYITHAH..




Homestay ini end lot,tepi nya sawah padi, bangunan yang nampak jauh adalah sebuah sekolah atas...



gambar homestay di waktu pagi nya....
Malam nya tidur awal setelah penat seharian dalam perjalanan dan perlu bangun pagi, bagi mulakan perjalanan untuk lawatan jam 9.00 pagi WIB besok nya.
Pagi hari kedua semua bangun  awal untuk mencari minum pagi,kami berjalan kaki ke gerai makan yang kira2 200 mt saja dari homestay kami.Berjalan kaki sambil ambil angin dan melihat pesekitaran pekan ini,kebetulan pagi itu hari minggu maka ramai orang berjoging dan bersenam beramai2 di padang bola di depan gerai2 itu.Gerai makan nya pun ramai sekali yang makan di situ,maka sudah tentu disini banyak pilihan dan makanan nya pun sedap,kami pun singgah.















dalam gambar sebelah kiri Lias dan kanan sekali Reymon...yang baju merah jauh di belakang itu Tiar ayah mereka.



Puas dan sedap makan disini...lontong,bakso,nasi sup,mee,satay minang macam2 ada memang menyelerakan kedainya pun bersih..Mulai hari itu setiap pagi kami makan disini. di temani olih saudaro dari Muaro Sungai Lolo yang datang menyalang ke homestay kami..alhamdulillah terubek yo terogak awak..Tiar dongan anak nyo Lias dan Reymon.
Selepas sarapan kami balik ke homestay bersiap2 dan menunggu pemandu untuk menekmati keindahan alam di Lembah Harau dan Kelok 9.Perjalana ketempat ini jauh2 mengambil masa berjam2 baru sampai,dijangka balik ke homestay pun petang nanti.Walau,,,walau apa pun jangan lupa segelas teh panas campur telur mentah..baru power,nak jalan jauh.
Kami mulakan perjalanan menuju ke Lembah Harau dulu,menempuhi jalan2 yang kiri kananya sawah padi yang terbentang suajana mata memandang dan rumah kampung tradisi dan moden.Di hujung sawah kelihatan barisan gunung2 dan gunung Merapi sebuah gunung berapi yang masih aktif tetapi sudah lama tidak meletus.






Kami singgah sebentar disebuah  tokoh yang menjual makanan dari product jagong.,dari jagong rebus,bubur jagong,cucur jagong dan bermacam2 lagi jenis kueh,semuanya dari jagong.F1 aina jagong super manis.






Setelah membeli hasil2 dari jagong kami meneruskan perjalanan ke Lembah Harau ini jalan2 mulai kecil.
Sampai di pintu masuk Lembah Harau perjalanan untuk sampai disana agak jauh juga....











LEMBAH HARAU.....














Posing dulu...seorang aja tau..







bersama pemandu....



































Ramai pengunjungnya...tumpuan hari libur  kerana disini banyak aktiviti permainan untuk semua peringkat umor.,kanak2 dan yang dewasa.









hebat naik basikal atas tali ...tali tak putus.






Zam   zam alakazam....tikar terbang










Setelah menghabiskan masa hampir 4 jam di Lembah Harau,kami meneruskan perjalanan ke Kelok 9 pulak dan singgah sebentar untuk makan tengahhari dalam perjalanan ke Kelok 9.Kami makin di Restoran Terang Bulan nasi padang.









Selepas makan tengahari walau pun agak lewat,kami meneruskan perjalanan menuju Kelok 9...



menghampiri Kelok 9 dari jauh sudah kelihatan jejambat jalan raya Kelok 9..










































Kami tidak lama disini kerana harus segera pulang ke homestay kerana sanak saudaro dari Lubuk Sakaping dan Rao sudah menunggu kami di pekan Bukit Tinggi untuk barsuo dan dibawa ke homestay kami,setelah memberi lokasi dimana tempat untuk berjumpa.

Jauh cinto mancito dokek jalang menjalang...

Syukor alhamdulillah dari jauh kami datang kelian sanak saudaro yang berado di siko sudi datang menjalang mengunjungi kami,pucuaik di cito ulam tibo..






















Wir...anak abang Bustami...


Wir dan keluarganya...



Nurbarjat dan anak2 nya.



Afrida suami dan anaknya...






 anak anak Wir..Nurbarjat dan Afrida.






Yang datang petang itu anak cucu abang Bustami dan isterinya,abang Bustami sudah lama meninggal,yang ada datang isteri Bustami,Wir bersama isteri dan anak2 nya,Nurbarjat dan anaknya,suami nya tidak dapat datang,Afrida,suami dan anak2 nya.Emak Wir,Nurbarjat pernah jua kami bersua tapi lama dulu waktu itu Afridah masih kanak2 lagi,pertemuan ini amat bermakna sekali dalam mengeratkan salutrahim dan tali persuadaraan.ayer dicincang indak putus.Bilo bersuo ancak lah ceritonyo masing2,melopekan terogak.,setelah minum dan makan kueh yang dibeli dalam perjalanan tadi,peruik awak mulo lah litak, maka jemput semua untuk makan malam,nasi padang,malam itu kami dibawa mereka makan malam di Restoran Sederhana on the house,mereka sebagai tetamu kami.

Makan godang kami ...





Sebelum menekmati hidangan kami minta Wir menbacakan doa selamat dan kesyukoran kerana kita semua  dapek juo basuo duduk makan bersamo .dari Malaya kami datang di Bukit Tinggi kito bersamo.Kito merancang Allah menontukan segalo2 nya.Setelah usai makan masing2 pun hendak balik walau pun di pelawa untuk tidur dihomestay kami,sebab besok nya masing2 ada tugas dan anak2 hendak kesekolah.Setelah berpelukan dan bersalaman mereka pun meninggalkan kami,pertemuan yang singkat tapi amat berharga dalam mengeratkan hubungan salatulrahim...hibo hati awak.
Hari ketiga besok petang nya saudara dari Muaro Sungai Lolo pulak sampai walau pun sudah agak lewat malam,Tiar dan anaknya Lias kemudian di ikuti olih anaknya Reymon dari Pekan Baru,jadi kami tidak lah kesunyian,dan mempelawa mereka tinggal di homestay ini dan mengikuti kami dalam acara lawatan nanti sehingga kami pulang.



TIAR bapa Lias dan Reymon
  


                 LIAS....tinggal di Muaro Sg. Lolo anak sulung Tiar.




             REYMON....tinggal di Pekan Baru anak Tiar yang bongsu.

Hari ketiga paginya kami membuat lawatan di Istano Gadang Pagaruyung yang terletak di Batu Sangkar,perjalanan ini agak jauh melalui pekan dan perkampongan moden dan tradisi  dengan pemandangan sawah padi dan berlatar belakangkan gunung2 dan lembah2 ini semua membuat perjalanan ini tidak membosankan amat menarik kapada pencinta alam semula jadi.Kami sampai di istano pagaruyung ini sudah tengahari,dan ambil kesempatan untuk melihat istano ini lebih dekat dan mendengar taklimat dari petugas di istano ini.Kami juga tidak melepaskan peluang untuk bergambar dan memakai baju istiadat lama minang ini.































































Selesai bergambar dan melihat warisan budaya minang di istano godang ini dan mendengar taklimat yang diberikan,kami meneruskan perjalanan kesebuah lagi destinasi pelancungan iaitu Negari Tuo Pariangan.



































Pariangan ini telah di iktiraf  sebagai no.5 Desa terindah di dunia tahun 2012 Versi Budget Travel.,desa tua yang merupakan tempat asal usul orang Minang yang terletak di kaki gunung Merapi.Didesa ini maseh terdapat rumah2 lama minang yang berumor hampir 100 tahun disamping rumah2 berbentuk moden,pemandangan di desa ini sunguh cantik menghamparkan lukisan alam yang menakjubkan,dengan rumah2 yang banyak di lereng bukit dan di lembah2,sawah2 padi bertingkat2 yang menghijau yang berlatar belakang tanah tinggi pergunungan menambahkan keindahan alam semula jadi desa.
Waktu pulang menurun cuaca mulai gelap dan kami harus pulang segera ke homestay sebab sanaksaudaro dari Muaro Sungai Lolo sedang menuggu, saya tidak berpeluang untuk mengambil gambar di desa ini.Untuk melihat keindahan desa ini tuan bolih lah Google melalui internet..Puncak kawa suguak Pariangan.

Pemandangan dari puncak...

























Bergambar bersama pemilik gerai kopi kawa di puncak gunung berbaju merah,berasal dari Gombak berkahwin dan menetap disini.










Minum kopi kawa, katanya dibuat dari daun kopi kering...dan dihidang dengan goreng pisang chesse.


Saperti yang telah di ceritakan diatas tadi hari ketiga ..Sampai homestay sudah petang dan Tiar dan anaknya Lias serta Reymon sudah menunggu di depan homestay.Bila berjumpo ajo kata Tiar...hilang tarogak den dek lamo indak bersuo awak,.apalagi berpelukan lah kami kerana dapat juga berjumpa..Lamo indak kerimbo lah berbuah salak jo potai berubah golak yo pakai..Tiar dan Lias dari kampong Muaro Sungai Lolo datang dengan bermotosikal untuk berjumpa kami,Reymon datang menaiki bas dari Pekan Baru.Malam nya pulak Dabril pula sampai dari Payakumbuh anak kepada Kamsir.Jadi malam itu ramai lah kami tidak lah kesunyian..




Tiar dengan anak2 nya...Lias...Reymond.



Dabril...Lias..Bokar..Den..Tiar...Ainon  yang duduk Reymon..Najwa..Lin.meraikan hari lahir Mr.Burn.




hadiah hari lahir Mr.Burn..



Mr. Burn..meraikan hari lahirnya bersama keluarga...kareoke.









Setelah tiga hari tengahari dan malam pekena nasi padang ,teringin pula rasanya hendak makan roti2 sahaja,malam pusing lah pekan Bukit Tinggi itu maka kelihatan ramai orang berbaris masing2 menuggu giliran nya.Rupanya sebuku roti dipotong2 dan didalam nya dimasukan pelbagai perisa ikut kehendak pelanggannya,bubuh chesse,cokolet,jam dan macam2,dibakat dalam kualinya saperti orang masak burger...di panggil Roti Bandung.Saya beli satu bawa balik homestay makan beramai2,sedap rupanya,besoknya beli tiga buku sekali.




Hari berikutnya selepas minum pagi kami meneruskan lawatan ke Lobang Japang dan Puncak Lawang,sebelum kepuncak Lawang kami shopping dulu dipasar Bukit Tinggi dan makan Nasi Kapau disebuah rumah makan Minang.
Saya tidak masuk kedalam,sebab dalam lawatan saya  dulu pun saya sudah masuk dan menuggu di pintu keluar saja.sambil berbual2 dengan bapak yang menjaga pintu keluar itu.Olih kerana sudah lama menunggu diluar maka bapak yang menjaga itu suruh saya masuk saja mencari mereka.



























Bukit Tinggi....jalan2 shopping dan beli lah sikit di pasar atas..




Pemandu setia kami selama lima hari...















makan Nasi Kapau...rupanya nasi campur tempat kita disebut nasi kandaq..

Selepas makan kami meneruskan perjalanan ke Puncak Lawang,suatu kawasan pergunangan yang tinggi,waktu ini cuaca mula gelap dan hujan lebat sepanjang perjalanan ini,jalan di penuhi kabus tebal,jadi tidak lah dapat untuk mengambil gambar pemandangan nya.












Puncak Lawang ini 22 km dari Bukit Tinggi yang merupakan puncak tertinggi yang mengelilingi Danau Maninjau,pemandangan sungguh cantik dan merupakan tempat rekerasi yang sejuk lagi nyaman.Olih kerana cuaca hujan dan berkabus kami tidak berpeluang untuk melihat pemandangannya dan hari mula gelap jadi kami tiada lah berpeluang untuk singgah di pekan nya.
Hari kelima besoknya kami akan berangkat pulang,sepatutnya malam terakhir ini kami bermalam di Padang tetapi olih kerana kesuntukan masa kami terus bermalam di homestay ini saja.lebih enak dan selesa untuk tinggal sebumbung sekeluarga,kerana kami ada tetamu sanak saudara.

tibo maso kami bersiap2 berangkat nak pulang...hibo juo hati awak.







Pagi itu kami ambil sarapan di kedai makan PecalAyang,disini banyak pilihan jenis makanan yang enak2,puas makan disini,ianya berhadapan pintu masuk pasar Bukit Tinggi.


















Selepas makan kami menaiki semula kereta untuk terus ke lapangan terbang Padang.setelah bermaafan dengan Tiar,Lias dan Reymon .
 Dalam perjalanan kami singgah untuk bergambar di Lembah Anai untuk beberapa ketika takut nanti lewat pula sampai di lapangan terbang.











Kami sempat singgah untuk makan tengahari di rumah makan Lamunan Ombak,tempat yang mula kami sampai dulu.Sampai di lapangan terbang kami check in dan berlepas jam 4.05 ptg,meninggalkan kota Padang dengan seribu kenangan,dan  berdoa dengan izin Allah kami akan datang lagi kesana untuk melopekan taragak dan bersuo dengan lobih ramai lagi sanak seperinduan..