Wednesday, 8 October 2014

Memory of Sg T Sidin: Sydney.....Pengembaraan kali ini ialah negara Aus...

Memory of Sg T Sidin: Sydney.....
Pengembaraan kali ini ialah negara Aus...
: Sydney..... Pengembaraan kali ini ialah negara Australia,destinasi nya Sydney,pada masa yang sama  team pencarian MH 370,berada di lautan H...

Memory of Sg T Sidin: Medan>>>Kualanamu International Airport (KNIA)L...

Memory of Sg T Sidin: Medan>>>Kualanamu International Airport (KNIA)


L...
: Medan>>>Kualanamu International Airport (KNIA) Lapangan terbang antarabangsa Medan yang baru menggantikan lapangan te...
Medan>>>Kualanamu International Airport (KNIA)


Lapangan terbang antarabangsa Medan yang baru menggantikan lapangan terbang Polonia,di buka dengan resmi olih bapak President SBY pada 27 Mac 2014.



Jalan jalan Medan,Prapat dan Brastagi....


Perjalanan kali ini distinasi Medan,Prapat dan Brastagi.lawatan ini untuk 4H3M,bermula pada 25 Sept hingga 28 Sept 2014.bagi saya Medan sudah kerap kesana tapi Prapat dan Brastagi kali terakhir pada awal tahun 1980an,sudah tentu dalam tempuh yang itu banyak perubahan telah berlaku.Perjalanan kali ini disertai 16 orang termasuk isteri,kami menaiki pesawat Airasia awal pagi 7.40 dan sampai di Kualanamu Airport jam 7.35 pagi waktu tempatan.Kualanamu Airport sebuah lapangan terbang yang baru.Lapangan terbang ini di hubungi dengan keretapi laju ke bandar Medan yang ambil masa 30 minit.





























Ketibaan kami dilapangan terbang di sambut olih Pak Ardi,pemandu pelancung kami semasa berada disana,menurut Pak Ardi kita semua diminta menaiki bas yang telah sedia menunggu untuk mambawa kami terus ke Prapat.Perjalanan yang mengambil masa dalam 4 jam,dan akan berhenti untuk makan dalam perjalanan dan juga akan singgah sebentar di bandar Permatang Siantar.


Yang berbaju warna pink ada lah Pak Ardi pemandu pelancung kami bersama Mail.dalam perjalanan ini kami singgah  untuk minum pagi,makan berat jugak,nasi uduk dan ayam penyet.


Hj.Isa...


Rumah makan(RM) bersama hj.Latip



Mail dan isteri.

Pak Ardi bersama krew nya,driver dan pembantunya.

menyelerakan.

bas yg selesa.
Di bandar Permatang Siantar kami dibawa ke kilang penjual makanan ringan pelbagai jenis dari keropok,kekacang dan gula2,perusahaan ini dikenal sebagai ting,tong tang dll.Kami sampai di Prapat dalam jam 3.00ptg waktu tempatan dan terus singgah untuk makan tengahari,rumah makan nasi padang.



Selepas makan kami menuju ke tempat penginapan dan chech in di Atsari Hotel,hotel ini menghadap Danau Toba.
















Cuaca pada petang itu sejuk ,mendong dan hujan sekejap2 ,semua orang duduk dalam bilik untuk beristerihat,kerana perjalanan yang mengambil masa yang lama ditambah pula dengan keadaan jalan yang sempit dan berbelok2,ini cukup memenatkan,memeningkan kepala bagi sesiapa yang tak tahan dengan keadaan jalan yang berbelok2 ini.Malam kami dibawa pusing2 pekan Prapat sambil mencari kedai makan untuk makan malam.
Hari kedua setelah minum pagi di hotel ,kami menaiki bot di Danau Toba yang luas dan air nya yang tenang menuju kepulau Somasir,sebuah perkampongan tradisi orang Batak.Pemandangan di gigi air nya sungguh cantik dengan bangunan hotel dan chelet nya.Di dalam bot kami hiburkan dengan lagu2 tempatan Batak olih seniman jalanan yang mencari sesuap nasi melalui sumbangan dari semua penumpang bot.














Pemandangan semasa menaiki bot di Danau Toba yang luas dan air yang tenang dan di hiburkan dengan lagu2 Batak olih seniman jalanan.
Di Pulau Somasir kami dibawa ke kampong Ambarita dan di bawa kerumah tradisi Batak dan melihat kesan2 peninggalan sejarah pemerintahan raja Batak.Kami dibawa ditempat lapang tempat dimana upacara pemancungan kepala dilakukan,disini Pak Ardi dan krewnya memberi penerangan dan melakunkan nya sekali.














Selepas selesai mendengar penerangan kami bebas untuk melihat2 dan membeli belah ala kadarnya.Kemudiannya kami menaiki bot semula menuju kampong Tomok dimana terletaknya istana dan tanah perkuburan raja Batak.






Pintu masuk ke perkuburan raja Batak,di kampong Tomok ,disini pelawat dimestikan memakai kain selempang,macam Herman Tino pakai tu,katanya satu penghormatan mengikut adat mereka.


Disini letak nya perkuburan raja Batak.Kawan kita ni pegang apa tu...cicak dan buah dada wanita merupakan simbol tanda sayang kepada tanah tumpahnya dan akan balik kampong menemuai ibu nya walau pun sudah merantau jauh.Kasih sayang ibu tidak dapat di pisahkan.





ini lah pemandangan perkampongan Batak di Ambarita pada awal tahun 1980an saya kesana,,,,keadaan nya becak dan berlumpur tapi sekarang sudah berubah jalanya sudah bertar.


inilah rumah adat Batak semasa saya kesana di awal tahun 1980an,tapi sekarang sudah berubah,bila dibandingkan dengan gambar diatas.

Disebelah tengaharinya kami menaiki bot semula untuk balik ke Prapat,dan seteus nya makan tengahari di rumah makan nasi padang di pekan Prapat.Selepas makan menaiki bas semula untuk meninggalkan Prapat menuju ke Medan.Jika waktu datang dulu pemandu bas membawa kami ke Prapat melalui jalan Permatang Siantar,tapi balik nya melalui jalan Brastagi di pesisiran Danau Toba Jalan ini agak sempit,berbukit2 dan berkelok2,kalau tidak tahan bolih pening kepala jugak.Dalam perjalanan ini kita dapat lihat perkampongan moden orang Batak.yang mengusaha tanah pertanian yang berupa sayoran2 dan buahan2,saperti limau dll.Perjalanan ini agak panjang dan kami sampai di Brastagi sudah lewat petang,cuaca mula gelap,kami diberi masa untuk berhenti sebentar untuk membeli buahan2,buah limau,salak dan pisang kaki.
Sebelum sampai ke Brastagi kami berhenti untuk singgah disebuah tempat yang jugak menjadi tumpuan pelancung ia itu di air terjun Si Piso Piso.




air terjun Si Piso Piso.

pekan kecil Si Piso Piso.


Si Piso Piso.


Bazaar buahan2 Brastagi..buah limau,pisang kaki,buah salak dll.

Kami sampai di Medan sekitar jam 9.00 malam,singgah makan dan terus chech in di hotel Inna Dharma Deli.,hotel ini terletak di tengah bandar walking distance ke setesen keretapi Medan yang menghubungi lapangan terbang Kualanamu,foodcourt Merdeka Walk dan Pasar Ikan yang menjadi tumpuan untuk membeli belah.Orang perempuan jika tak sampai di Pasar Ikan ini semacam tidak sah sampai di Medan.Badan sudah kepenatan dan semua nya terus masuk tidur untuk berehat kerana besok pemandu pelancung akan bawa kami putar2 bandar Medan dan membeli beli.
Besoknya hari ketiga kami berada di bandar Medan,selepas minum pagi kami menaiki bas melawat ke tempat pelancungan,Istana Maimon dan membeli barang2 pakaian,tudung dan telekung di Pasar Ikan yang menjadi tumpuan.
Gambar2 kenangan di Istana Maimon:








 Hari keempat free and easy sebelum berangkat ke lapangan terbang untuk berangkat pulang ke Malaysia.,untuk menaiki pesawat jam 2125 malam waktu tempatan.Dan selamat sampai dirumah jam 5.15 pagi esok nya.Badan mula rasa penat dan menggantuk kerana seharian berjalan.



Banyak berjalan luas pandangan..

Saturday, 12 July 2014

Sydney.....
Pengembaraan kali ini ialah negara Australia,destinasinya Sydney,pada masa yang sama  team pencarian MH 370,berada di lautan Hindi berhampiran bandar Perth.Pada mulanya fobia juga hendak menaiki pesawat MAS ini,sebab tidak berapa lama selepas kehilangan MH 370 ini,ada saja insiden kapak terbang berpatah balik dan yang mendarat cemas oleh sebab2 teknikal.
         



Saya ke Sydney bersama isteri anak MQ,Farah dan cucu Aisya, kami berada disana selama lima malam bertolak pada 24 mei dan berada disana sehingga 29 mei 2014.



Perjalanan ini ambil masa yang panjang,bermula dari rumah Ipoh pada 22 Mei,dengan kenderaan sendiri menginap semalam di Kuala Lumpur,besoknya 23 Mei menaiki bas Aeroline ke Johor Baharu,menginap semalam di Puteri Pacific,besoknya 24 Mei jam 2.30 ptg menaiki lomusin ke Changi Airport,dan menaiki pesawat MAS MH 0610 jam 2115 ke KLIA.Dari KLIA menaiki pesawat MH 0123,jam 2345 malam penerbangan terus ke Sydney.Pernerbangan ini mengambil masa 9 jam 15 minit.Sampai Sydney jam 10.00 pagi.Selepas melalui pemereksaan imegeresen dan kastam saya terus dapatkan coach menuju ke apartment yg telah di buat tempahan dari Malaysia lagi.






Kami anak beranak tinggal di Meriton Apartment,Pitt Street,apartment dua bilik tidur,lengkap dengan alat2 masak,washing machine dsb nya.Untuk menjamin makanan yang di makan halal kami masak sendiri.Walau pun nampak ringkas tapi cukup menyelerakan.Kami tinggal di tingkat 29,cuaca sejuk2 nyaman,kena pakai jacket jugak terutama waktu malam.Apartment ini terletak di tengah bandar jalan utama George Street,dari sini kita bolih menaiki bas no 555 percuma untuk ke operra house,atau menaiki keretapi.Suppermarket,victoria mall,shopping komplek,paddy merket,cina town town hall dan darling harbour semua nya walking distance saja.
Jalan jalan sekitar Sydney waktu siang.


minum petang..kopi dengan roti bakar .




menaiki feri ke bandar pantai Manly menghadap laut lepas,tempat mandi manda dan aktiviti sukan laut.

bandar Manly.

relax penat berjalan pantai Manly di rest arab.

Manly...minum sekeluarga 46 usd jugak.

makan fish &chip..aja.

Add caption

nasi baik ada mat saleh ni tolong ambil kan gambar.



smart looking..

rehat kena secawann kopiccino


Add caption
Sekitar bandar Manly...



depan terminal feri.


pantai Manly



Bandar Sydney ini waktu siang agak sebuk,kebanyak penduduknya berbilang bangsa kebanyakna nya dari Asia,mat saleh ada tapi nampak kurang nya jika dibanding jika kita berada di bandar London atau bandar2 di Europe.
belakang nya victoria mall

cari makan dengan cara ini pulak..

Paddy market.

ini pun cari makan jugak

pemandangan harbour dekat oppera house

shopping harga murah


Bolih di katakan setiap malam kami lepak di Darling Harbour jika waktu siang di persekitaran oppera house dan jeti,Darling harbour kebetulan malam itu ada pertunjukan cahaya laser,disini jugak banyak tempat2 makan dan food court tapi takut jugak hendak makan pasti tidak halal.Kebetulan terjumpa kedai makan islam milik orang India maka disini lah kami makan nasi bryani,nan dsb nya,nama restoran nya pun Pak Waan.





Add caption


dapat lah makan nasi bryani.
 Darling harbour juga merupakan pusat pelancungan,di sini terdapat wax muzium,aqurium dan mini zoo,






Berjalan jalan di Sydney ini puas hati jugak segala nya mudah,suasana bandar nya bersih dan tempat penginapan pun siap dengan segala kemudahan,cuma saya tidak pergi melawat di tempat2 pelancungan di luar kota Sydney.Tahun2 akan datang saya bercadang untuk ke Perth pulak.Saya balik menuju Kuala Lumpur dengan menaiki penerbangan AirAsia terus ke LCCT2.