Wednesday, 27 April 2016

Cong Xi Fa Cai....Hong Kong  5Feb 2016 hingga 10Feb 2016







Masuk tahun 2016 belum ada perancangan untuk berjalan keluar negara,maka tiba2 aja saya minta anak untuk booking tiket keluar negara kemana2 saja.Seminggu kemudian anak mengajak kita pergi Hong Kong saja lah saya bersetuju.Maka segala persiapan dibuat,bersetuju semua anak beranak dan cucu ikut semua..saya dan isteri ,MQ,Farah,suami dan anak,Akmal,isteri dan anak semua ikut.Seolah2 hari keluarga kami kali ini dibuat di Hong Kong,sebelum ini dibuat dalam negara saja.





Tarikh penerbangan ialah pada 5 feb 2016 hingga 10 feb 2016,lah bila tiket dah beli terfikir pulak ianya jatuh pada hari tahun baru cina..Cong Xi Fa Cai tentu tempuh2 tersebut orang ramai dan sesak.Walau apa pun rancangan diteruskan juga sebab tiket sudah di beli.Atas sebab2 keselamatan pergi dan balik ikut penerabangan berasingan satu kumpulan menaiki MAS dan satu lagi menggunakan penerbangan Cathay Airway.Kami menyewa sebuah hotel dan dua buah aptment,semua tempat2 yang berdekatan Nathan Road.Koowlon Hong Kong.

Pemandangan perjalanan dari Airport ke Nathan Road,Kowloon,Hong Kong tempat penginapan.








Penerbangan Kuala Lumpur ke Hong Kong mengambil masa 3 jam55 minit,setibanya di lapangan terbang Hong Kong terus saja kekaunter imegeresen dan ambil bag,semuanya berjalan dengan baik begitu juga dengan pemeriksaan kastam.Walau pun kami membawa 2 bag barang mentah untuk dimasak ,semua lepas tanpa sebarang pemereksaan.Kemudian kami beredar kekaunter pertanyaan untuk mendapatkan maklumat perjalanan ke tempat penginapan.Kami membeli kad perjalanan Octupus Card,HK150 seorang,kad ini bolih digunakan sebagai bayaran tambang bas,menaiki keretapi hatta bolih digunakan untuk membeli barang apa sahaja.Dan sekiranya ada baki jumlah tersebut bolih di tuntut semula.

Mula sampai jalan2 dikawasan yang berdekatan dengan apartmen.























Apartment kami belakang simpang Nathan Road,CitadinesAshley Road,betul2 di city centre dimana terletak nya shopping complex yang besar2.Dibelakang apartment lebih kurang 300 mtre disini letak nya mesjid besar di Kowloon,Nathan Road,
































Di mesjid ini lah kita dapat bertemu ramai orang islam terutama orang pakistan.india dan indonesia,setiap masuk waktu ramai sekali jemaah dari indonesia,malahan mereka ada tazkirah yang di sampaikan olih pendakwah2 dari negara mereka.Di belakang mesjid ada sebuah taman yang besar Kowloon Park,yang cantik untuk bersiar2 dan riadah.Ada sebuah lagi mesjid besar yang kami lawati ia itu mesjid Osman Ramju Islamic Centre yang ini terletak di Pulau Hong Kong.Mesjid ini tidak semeriah mesjid di Kowloon tetapi restuarant nya ada menyediakan dim sam halal.

Jalan sekitar Kowloon dan Hong Kong dengan menaiki feri,keretapi dan bas bawah laut..Hong Kong dan Kowloon di pisahkan olih laut ,macam P.Pinang dengan Butterworth.














  




































Cuaca di Hong Kong pada masa ini dalam lingkungan 20 darjah celcius,matahari timbul tetapi udara nya sejuk,terutama waktu petang hingga malam,mengigil jugak dibuat nya jika duduk diluar lama2.Memang lah beberapa hari lagi menjelang tahun baru cina,tempat2 yang menjadi tumpuan pelancung penuh sesak.Keretapi,bus feri penuh sesak nasib baik lah sistem penggankutan awam very effiecient,selang beberapa minit saja sudah tiba.Perjalanan menaiki tram ke puncak the peak gelleria penuh sesak tetapi terkawal.Dari puncak ini kita dapat melihat Hong Kong dari kedudukan tinggi.

























































Kami juga ambil kesempatan masa yang singkat ke cable car....































Hari yang berikut nya anak dan bersama keluarga mereka mengunjungi Hong Kong Disneyland,yang ini saya tidak ikut serta olih kerana kepenatan dan memberi peluang kapada anak dan cucu bermain2 sepuasnya.Mereka awal pagi sudah kesana dalam jam 9.00 pagi bertolak dari aprtment dan balik sudah lewat malam,jam 11.00 baru sampai rumah.Isteri kata nasib kita tak ikut,cucu bila sampai di apartment terus terbaring kepenatan dan tertidur.









Sempena sambutan tahun baru cina ini Hong Kong bermandikan cahaya di waktu malam,kami berjalan diwaktu malam untuk melihat kemeriahan sambutan nya,juga kepasar malam Mongkok Market dan melihat perarakan sambutan tahun baru cina.Mongkok night market penuh sesak dengan pengunjung dan pelancung untuk shopping,disini harga barang nya berpatutan dan barangan nya berkualti jugak.


























Pada pagi 10 hb.kami membuat persiapan untuk balik ke Kuala Lumpur untuk menaiki penerbangan malam,jugak ambil kesempatan untuk last shopping.Dari hotel kelapangan terbang saya menaiki teksi dengan tambang nya HK 150.Satu2 nya yang mengejutkan .rupanya dilapangan terbang ini telah di sediakan bilik untuk solat bagi orang islam.Jadi kami mengambil kesempatan untuk solat disini,tempatnya amat bersih begitu juga tandas nya.
Gambar2 semasa di lapangan terbang:



































Syukor alhamdulillah lah kami selamat sampai dirumah jam 3.00 pagi,semasa di hong kong kami selamat diberi kesihatan yang baik dan kekuatan serta dipermudahkan segala urusan.