Monday, 3 September 2018


KL...DUBAI..FRANKFURT..BERLIN...AMSTERDAM,>>>7 mei hingga 14 mei 2018.

Perjalanan yang tidak dirancang awalnya,dalam masa yang singkat akhir kami memilih destinasi negara German dan Holand .Olih kerana bukan musim cuti sekolah maka hanya kami enam beranak yang pergi.Kami menaiki penerbangan Emerite airline airbus A380-300 ,dari KLIA berlepas jam 2 pagi.,penerbangan ini menuju Frankfurt dan transit untuk beberapa jam di Dubai.Sebelum menaiki kapal terbang kami siap2 makan dulu di KLIA,takut lapar pulak nanti,mana lah tahu hidangan makan di dalam kapal terbang lewat pulak.







Kapal terbang ini besar dan amat selesa dengan segala kemudahan disediakan makan nya pun sedap juga,walau pun sudah lewat malam ikut waktu kita tapi mata tidak dapat tidur sepenuhnya,bangun jaga,jadi tenguk lah tv di depan tempat duduk dengan channel ikut pilihan sendiri.
Jam 4.30 pagi waktu tempatan kapal terbang mendarat di lapang terbang Dubai,transit sebelum meneruskan penerbang ke Frankfurt.





















Semasa di Dubai ambil kesempatan jalan2 dalam terminal ,window shopping yang di minati kereta Porche tapi setakat bergambar saja lah.Minuman ringan dan roti harga nya mahal kalau di tukar duit kita, kita mesti ingat kalau hendak makan dan beli barang jangan bandingkan dengan duit kita.Minum lah sikit dengan roti sebab perut kenyang lagi sarapan pagi di dalam kapal terbang.
Jam 8.00 pagi waktu tempatan kami boarding untuk meneruskan penerbangan ke Frankfurt, German,penerbangan mengambil masa 4 jam dan mendarat di Frankfurt jam 12.30 t.hari.
Dari lapang terbang kami menaiki bas keterminal 1 untuk menaiki keretapi munuju ke bandar Frankfurt.dan keretapi berhenti di stesen besar dan terakhir di Frankfurth..Frankfurth am Main Hbf.Hotel penginapan kami hanya walking distance seberang jalan setesen keretapi itu saja.























Check in di hotel ini dan petang berehat meghilangkan penat dan menggantuk semalaman tidak tidur,hotel ini tiada menyediakan makanan halal yang bolih di makan roti sahaja.Setelah berehat malam jalan2 di kedai2 berdekatan dengan hotel,terjumpa lah kedai makanan arab,kami singgah dan pekena nasi arab dan ikan bakar..lega rasanya perut pun kenyang.

Sarapan pagi di hotel...












Sebelum mulakan lawatan ke bandar Frankfurt minum pagi dulu di hotel,makan pun kena hati2 jangan terambil makanan yang tidak halal pulak.Yang selamatnya ambil roti,sapu jam atau honey,telor rebus,ikan pangang,dan bijirin2.Kebetulan ada seorang pelayan berbangsa arab muslim yang baik hati,yang beri panduan yang mana makan halal untuk orang islam.

Hari kedua di Frankfurt jalan sekitar bandar.
Kami menaiki keretapi,bus dan trim kesetiap tempat yang kami hendak singgah,segala2 mudah.










\


















River cruise di Main,menyusuri sungai melihat kecantikan bandar di tebing sungai serta bangunan kesan sejarah.



















di kleinmarketthalle ni  merupakan pasar yang menjual bermacam barang makanan ,tenguk saja lah sebab kebanyakan nya tidak halal..beli lah sikit yang rasanya kita bolih makan..Diatas itu tempat makan,tenguk makanan bermacam2 dan menarik dan menyelerakan  terlior jugak.

Frankfurt jalan...


























.




























Setelah seharian ronda di bandar Frankurt dengan menaiki keretapi,bas dan trim,lewat petang baru balik di hotel.Perut pun lapar hendak mencari makanan halal kena jalan jauh,makan roti sudah puas.Sampai hotel kami keluarkan bekalan2 mentak yang dibawa dari Malaysia saperti,sadin,ikan bilis, kari ayam dan daging dalam tin dan kotak dipanas kan dan sedia untuk dihidangkan,sungguh menyelerakan maklum lah penat dan perut pun lapar..Tidur awal untuk meneruskan perjalanan besoknya ke Amsterdam,Holand.
Besoknya kami bangun awal dan siap minum pagi di hotel,ambil yang halah saia dan seterus nya check out untuk meneruskan perjalanan ke Amsterdam dengan memandu sendiri.Kami menyewa kereta jenis Mercedes muat dan selesa untuk kami sekeluarga..perjalanan ke Amsterdam mengambil masa dalam enam jam.
























Highway ke Amsterdam tiga lane kereta laju2,maklum lah kereta di highway ini semua high performen punya sapert,mercedes,pocerche,audi dan bmw,yang menarik nya tiada pula amaran kelajuan,melainkan bila menghampiri bandar.Kiri kanan jalan luas terbentang ladang2 dan selain itu binatang ternakan,sehinga bila kita berhenti di RnR nya bau tahi kambing dan lembu itu menusuk kehidung juga.Dalam perjalanan yang panjang ini kami juga berehat berhenti untuk makan,makanan nya menarik2 juga,tapi tidak halal,makan roti sahaja dan minum tea atau kopi lah nampaknya.

RnR..












Kereta mercedes yang kami sewa ini left hand drive,tidak macam kita di Malaysia,jalan 2 raya pun bergitu,jadi amat mengelirukan,kadang2 termasuk lane yang bertentangan.
Kami sampai di Amsterdam sudah petang dan terus check in di hotel diatas,untuk berehat dan makan malam di hotel dan berehat untuk hilangkan kepenatan dan tidur awal bagi meneruskan lawatan dan perjalanan seterusnya.
Selepas minum pagi kami pun check out melawat chocolate mesium,wind mill,bandar Amsterdam dan perkampongan nelayan untuk menekmati fish and chip.





















Dari sini kami teruskan perjalanan ke kampong nelayan Volandam...




















         V  OO L AN DAM>>>bandar nelayan Volandam





























Selepas makan tengahhari dengan fish & chip di kampong nelayan ini kami teruskan perjalanan untuk melihat keindahan bandar Amsterdam di tengah2 bandar dan yang berhampiran stesen keretapi.Banyak terdapat bangunan lama yang punya sejarah nya sendiri,kami juga ambil kesempatan singgah di pusat islam disini dan seterusnya menunaikan solat di mesjid nya.Bandar ini kelihatan disana sini terdapat banyak terusan,terusan nya bersih dan banyak kelihatan boat2 untuk disewa dan perkhidmatan cruise menyusuri sungai nya.Boat2 yang besar ini ada menyediakan bilik penginapan untuk pelancung.Teringat saya semasa belajar ilmu alam disekolah dulu,saya terbaca negeri Belanda ini muka bumi nya berada dibawah paras laut dan ada cerita lama dimana seorang budak lelaki memasukan jari nya pada lubang ban yang bocor bagi mengelakan ban itu pecah yang bolih menengelamkan negera nya..































































 Selepas jalan2 di bandar Amsterdam petang nya balik ke hotel untuk makan malam,berehat untuk perjalanan seterus nya ke kota Berlin German.
Pagi 12/ 5/18 selepas minum pagi dan check out dari hotel, untuk meneruskan perjalanan ke kota Berlin perjalanan yang ambil masa kurang lebih 5 jam.




bersama seorang pekerja hotel ,yang berusaha mendapatkan semula kasut yang tertinggal di hotel...


kaunter Stienberg Sahipol hotel...
Perjalanan yang panjang ini menyeronokan melihat pemandangan kiri kanan jalan dan singgah berhenti di RnR untuk makan dan berehat,petang kami sampai di Berlin dan terus check in di Fjord hotel.
Besoknya selepas sarapan dan check out serta bersiap untuk kami mulakan lawatan kebandar2 bersejarah di Berlin termasuk peninggalan Berlin Wall yang memisahkan German Timor dengan German Barat..

Gambar gambar sekitar lawatan.....















































































Memandu di bandar ini mudah kenderaan kurang, tiada traffic jam,cuma kadang2 tersasul masuk jalan bertentangan,sebab left hand drive,terutama di around about...
Lewat petang kami singgah di sebuah kedai Arab untuk makan kebab dan nasi bryani.












 Setelah penat berjalan kami singgah disebuah mesjid untuk solat jamaak,mesjid ini dibena oilh orang masyarakat Turkey disana.
















 Lebih kurang jam 9.00 malam setelah selesai solat kami bergerak malam itu juga ke Frankfurt sebab besok petang nya kami hendak ke lapangan terbang untuk balik Malaysia.
Kami sampai di Frankfurt jam 4 pagi dan chech ini di Holiday Inn yang tiada jauh dari lapangan terbang.

Hotel Holiday Inn ....











Bangun pagi dan tunggu hotel shuttle bas untuk ke lapangan terbang.

Kami menaiki kapal terbang emerite jam 11.20 malam dan transit di Dubai untuk beberapa jam dan terus ke KLIA...syukor Alhamdulillah kami selamat sampai di tanah air ..Dengan negara telah bertukar pemerintahan dari Barisan Nasional ke Pakatan Harapan,setelah 61 tahun di bawah pemerintahan kerajaan Barisan Nasional..