Sunday, 22 July 2018


                              T U R K I YE>>>>


       



Kembara Turki 10 hari 7 malam...26 Mac hingga 4 April 2018..Istanbul-Bursa-Kusadasi-Pamukkale-Konya-Cappadocia-Ankara-Bolu dan balik Istanbul.
Setelah perancangan pertama untuk Turkey pada 12 Oct 2017 hingga 20 Oct 2017 gagal di sebabkan di tipu olih syarikat pelancungan,maka saya mendaftarkan diri melalui syarikat pelancungan yang lain untuk kesana juga.Syukor akhir nya sampai juga saya ke Turkey destinasi yang saya idamankan,negara Islam yang indah pemandangan nya dan banyak kesan sejarah kerajaan keagungan islam dizaman kerajaan Othamniah.Rombongan ini di sertai olih 20 orang dari Ipoh dan satu kumpulan lagi dari Penang seramai 16 orang.Walau pun dua group ini bergabung tetapi menaiki bas berasingan,jadi dalam bas memang selesa.






Pemandu pelacung kami En.Camil,...













Kami menaiki penerbangan Turkey Airline,terbang dari KLIA jam 11.15 mlm,penerbangan ini mengambil masa 11 jam,dan sampai di Istanbul jam 5.15 pagi.Perbedzaan waktu 5 jam,sampai di LTA Istanbul dan terus cari surau untuk solat subuh.Kemudian menaiki bas untuk melawat beberapa tempat di Istanbul..Hippodrome,mesjid biru dan Hagia Sophia.





































Ambil kesempatan untuk sembahyang zohor dan asar di mesjid biru ini..dan makan tengahari disebuah kafe,hidangan nya nasi lauk kebab dan sayor mentah,roti dan sop kacang.,tidak berkuah..makan saja.









Selepas makan tengahari kami menaiki bas dan ferry untuk ke Bursa,tempat yang dilawati Grand Mosque,Green Mosque dan Grand Mausoleum dan shopping di Silk Bazaar.























Di Bursa kami menginap di Tiara Inn..
Selepas sarapan di hotel,rombongan kami meneruskan perjaanan ke Kusadasi perjalanan yang panjang dan terus Chech In hotel LE BLEU,hotel tepi pantai menghadap laut Meditirenean..




















Besoknya selepas sarapan pagi kami dibawa melawat beberapa tempat kesan sejarah di Kusadasi.





\



















Kami sampai di kota lama kesan sejarah zaman Rome kuno dalam keadaan hujan rintik,masing2 kena lah beli baju hujan dan payung,Dapat lah kita melihat sisa bangunan zaman tersebut Celsus Library,Grand Theatre,sungguh klasik dan luar biasa,Must visit place kalau kita melancung ke Turkey,saperti dalam filem Gladiator.
Kami juga dibawa melawat ke leather factory yang menjual barang2 dari kulit,kasut jacket,bag dan sebagainya,tetapi harga nya ratusan ringgit kita.







Selesai lawatan kami singgah makan tengahari sebelum meneruskan perjalanan ke Pamukkale,biasa lah makanan tidak lah ikut selera kita.roti,daging kebab,sayur mentah sprt salat tometo.karot dan basahi dengan minyak zaiton, sup kacang,kadang2 adalah ikan dan ayam ..Di Pamukkale kami dibawa melawat kota2 lama antique city of heropolis dan cotton castle.













































Cuaca waktu itu hujan rintik2 kena lah pakai baju hujan...malam kami menginap di hotel Tripolis.
Perjalanan seterus besuknya kami manujju ke Konya dan Cappodocia perjalanan yang panjang mengambil masa hampir 8 jam  dan singgah makan di RnR.Di Konya kami dibawa melawat Mevlana Museum dan Sultanhani Caravansarai..


































Lewat petang kami sampai di Cappadocia dan check in di Mustoffa Hotel,terus makan malam di hotel dan berehat untuk lawatan seterus nya besok.
Hari ke enam 31 Mac saperti biasa bangun awal untuk minum pagi di hotel jam 7.00 pagi,hari ini lawatan seharian di bandar Cappadocia,tempat yang menarik termasuk bagi mereka2 yang hendak menaiki belon.Tempat2 yang akan di lawati..Cardak Underground City,Goreme Valley dan Open Air Museum.Membeli belah Carpet Shop dan Jewellery Shop.Pottery Shop,Pasabag Valley dan Uchisar Citadel dan malam nya menyaksikan Derwish Show. sebelum balik ke hotel.





















































































Program hari ini berakhir dengan kami dibawa menonton Derwish Show di Yakut Hotel,show ini berjalan dalam sejam saja,waktu sudah malam dan terus balik hotel untuk makan dan berehat untuk perjalanan yang jauh pagi esok.


Patung Derwish Show...
Hari ke 7 1April selepas sarapan kami meneruskan perjalanan ke Angkara dan Bolu,dan  kami singgah di Salt Lake ,seterus nya Anatolian Civilation Museum dan Atarturk Mausoleum.















Petang nya kami sampai di Bolu dalam suasana hujan rintik2 dan sejuk,disini kami check in di hotel Karpalace..
Untuk hari ke 8 selepas serapan pagi,rombongan kami meneruskan perjalanan ke Istanbul serta singgah melawat di beberapa tempat..Topkapi Palace,Mesjid Al Ayub Al Ansari,Emirgan Park dan Grand Bazaar.






















































 Di Istanbul kami menginap di hotel Golden Way,hari ke 9 sebelum berangkat balik besok nya jam 1.20 pagi,pagi nya diberi kesempatan untuk melawat sekitar bandar Istanbul,menaiki Boshporus Cruise, Spice Market serta melawat mesjid Fatih Mesjid Suleyman.










































Selepas selesai melawat dan membeli belah di spice market petang kami dibawa ke lapangan terbang Ataturk Istanbul untuk pulang ke tanah air.Penerbangan ini berlepas jam 1.20 pagi dan sampai di Klia jam 5.00 ptg.
Kembara Turkey selama 10 hari 7 mlm ini agak memenatkan jugak tetapi ianya sebuah pengalaman yang menarik dan menyeronokan.Penat kerana  perjalanan yang panjang setiap hari,dan dari segi makan pulak,kami kerap di hidangkan dengan roti,berbagai jenis sayor,bijirin,madu pelbagai jenis, salat serta daging kebab.

Gambar gambar kenangan......