KONICHIWA....origatoguzaimas..
Sudah masuk bulan April 2015 saya belum lagi memulakan pengembaraan keluar negara,sehingga lah awal bulan April anak saya buat perancangan untuk melancung ke Tokyo,Jepun negara matahari terbit..
Maka saya bersama keluarga dan anak perempuan,suami dan anak2 nya telah buat keputusan untuk pergi pada 24 april 2015 dismping ambil kesempatan untuk melihat bunga sakura berkembang.Kami menaiki penerbangan Airasia dari KLIA2 ke Narita Airport penerbangan mengambil masa 8 jam.Dua minggu sebelum berangkat segala persiapan dan kajian telah dibuat melalui map,maklumat2 melalui internet.dan bertanya kepada kawan2 yang telah pergi.Kami telah buat tempahan sebuah apartment dua bilik dan juga membeli bahan2 makanan untuk di masak disana nanti,maklum lah untuk mendapatkan makanan halal amat susah disana.
 |
| di KLIA 2 tukar rm 2000 ke Yen. |
 |
| Ahli2 keluarga yang ikut sekali...Saya,isteri,Mohd.Farah,Nordi,Aisyah,Adam dan Aidil. |
Penebangan ini bertolak dari KLIA 2 jam 12.45 mlm dan sampai di Narita Airport jam 8.45 pagi,Cuaca cerah dan tidak berapa sejuk,disini subuhnya jam 3.15 pagi dan jam 6.00 matahari sudah tinggi.Selepas pemereksaan imigresen dan kastam kami kaunter untuk membeli tiket keretapi,kami pas tiket untuk 5 hari bagi perjalanan di bandar2 di Tokyo dan sebelah timurnya.
 |
| kaunter pertanyaan. |
 |
| Pass tiket untuk 5 hari rm 600 |
Perjalanan dengan keretapi dari Narita Airport ke stesen keretapi Tokyo mengambil masa dalam 45 minit kemudian tukar keretapi ke Tamachi stesen untuk ke apartment.
 |
| Add caption |
Pemandangan perjalanan dari Narita kiri kanan nya sawah padi macam tempat kita juga dan sedikit kilang2 dan kawasan perumahan.
Ini lah apartment tempat penginapan kami untuk enam malam,apartment dua bilik lengkap dengan alat memasak dan masin basuh serta kelengkapan untuk mandian.
Kami betul2 menggunakan tiket pas yang di beli untuk jalan2 di Tokyo dan bandar berdekatan,puas naik keretapi dan bertukar keretapi.
Menaiki keretapi laju ini menuju stesen Shin Aomori,670km dari Tokyo dengan kelajuan 320 km/sejam,dan bertukar keretapi menuju Herosaki untuk melihat bunga sakura berkembang.
 |
| gambar gunung Fuji diambil dari tingkap keretapi. |
Memang puas naik keretapi ianya membangkitkan nostalgia lama saya di tahun2 60an dan 70an,tiap pagi naik keretapi ke sekolah.Malah itu lah penggankutan utama dikampong saya waktu itu.
Selama empat hari jalan2 dibandar sekitar Tokyo.
Jalan dibandar Akihabara yang terkenal dengan pusat jualan barang2 letriknya....dan ke taman Eueno
 |
| \ |
Hj.Labi bin Kurakura pun dah buka kedai letrik di jepun ni..Hj.Bahkil bin Kedut dan Hj Labu bin Kundur tak pulak tahu kemana mereka....
Taman ini luas dan ramai pengunjung untuk bersantai dan membawa anak2 ketempat permainan rollercoaster,muzium dan taman bunga nya...
Hari2 seterus nya jalan2 sekitar bandar Tokyo,melihat Tokyo Tower,Akabansbashi,,Asakusa yang sesak dengan pengunjung,rupannya ada kuil besar disini rupanya disamping gerai2 jualan barang2 cenderemata..Juga ke istana lama Edo
Dengan menaiki keretapi laju kami menuju untuk melihat gunung Fujiyama yang menjadi tarikan pelancung ke Jepun dan taman tasek sekitar nya. Kami jalan2 sekitar tasik untuk mendapatkan pemandangan yang jelas gunung Fuji tapi tak berhasi kerana cuaca mendung dan di lindungi awan.
Kami juga mengambil peluang untuk ke Sakura Park bagi melihat keindahan bunga sakura yang sedang mekar.Perjalanan ini yang sejauh 670 km mengambil masa 3 jam perjalanan dengan menaiki keretapi laju,kelajuannya 320 km/sejam.Kami bergerak dengan keretapi menuju Amori dan Herosaki dari setesen keretapi Tokyo.
Banyak yang di lihat dan pengalaman baru didapati selama seminggu berada di negara Jepun ini,tetapi lagi banyak tempat yang menarik yang belum di lawati olih kerana kesuntukan masa.Bab untuk mendapatkan restoran yang halal agak sukar,nasib baik apartment ini mempunyai kelengkapan memasak,jadi isteri dan anak siapkan makanan sebelum memulakan perjalanan.Kami bawa rempah ratus dan ikan sardin serta bahan2 untuk memasak dari Malaysia dan pehak berkuasa lapangan Narita tidak cerewet dan tidak menimbulkan apa2 masaalah berbanding semasa kunjungan saya ke Sydney tempuh hari.Ada kesempatan teringin untuk datang dan melancung ke bahagian2 lain Jepun.
Yang paling seronok puas naik keretapi....
Tokyo...jalan-jalan.
.............................SYONARA>>>>