Rayau-rayau Lombok
Kumpulan kami ke Lombok pada kali ini terdiri dari lima keluarga saya bersama isteri,Hj.Muktar Harun,Aznan Mat Akit,Mat Isa Othman,Khalid Alang Ahmad dan isteri masing termasuk juga anak Mat Isa.,tempuh lawatan 4 hari 3 malam,bermula pada 18/12/13 hingga 21/12/13..Bagi saya jalan2 ke Lombok ini sebagai hadiah hari lahir isteri saya yang jatuh pada 17/12/13 semalam...Pernerbangan ke Lombok dari LCCT pesawat AK 1408 berangkat jam 8.35 pagi dan sampai di Bandara Lombok jam 11.45 t/hari dan penerbangan balik pada 21/12/13 dengan pesawat AK 1409.Penerbangan ini mengambil masa 3 jam 10 minit dan dari Bandara Lombok kami menaiki bas 14 seater untuk ke ibu kotanya Mataram..Perjalanan dari Bandara Lombok ke Mataram pusat bandarnya mengambil masa 1jam.jika jalan terus tanpa henti.
 |
| Bandara Lombok. |
Perjalanan kami lancar tiada kesesakan,kiri kanan jalan menghijau dengan sawah padi,dan kelihatan petani sedang berkerja disawahnya.Pemandangan ini mengimbau kembali kenangan lama semasa zaman kanak2 di kampong.yang turut ikut turun kesawah.
 |
| rumah makan tengah sawah. |
Pemandu pelancung telah membawa kami makan tengahari disebuah kedai makan yang terletak di tengah2 sawah padi.Kami dihidangkan dengan makanan asli Lombok saperti ikan bakar,ayam teliwang,pelicing kangkong,sayor tauhu dan tempe.
Seharian berjalan di tambah pula tidak cukup rehat dan tidur,badan mula penat maka kami dibawa terus untuk check in hotel waktu pun dah hampir maghrib di Hotel Santika Mataram.
Bandar Mataram ini agak besar juga,dengan penduduknya yang ramai sekitar 3.1 juta.,bangunan kedainya nya banyak yang lama,disini hanya ada sebuah saja shopping mall yang besar iaitu Mataram Mall.
Hari kedua kami dibawa melawat kerumah adat Lombok,kilang tenun songket dan kilang pasu dan pusing2 bandar dan ke pantai Kuta .Pantai Kuta menjadi tumpuan pelancung untuk bersantai dan melakukan aktiviti laut.
 |
| kilang pasu. |
 |
| contoh rumah adat. |
 |
| kilang tenun. |
 |
| umur 90 thn masih berkerja. |
Di pantai Kuta kami berhenti sebentar sambil melihat keindahan pantai dan jugak untuk makan tengahari disebuah hotel menghadap laut.
 |
| rumah makan pantai Kuta. |
 |
| pantai Kuta. |
Hari ketiga cuaca mendung dan dikuti degan hujan lebat,hari ini berjalan2 disekitar bandar ke pantai Senggigi,lawatan ke kawasan gunung Ranjani di batalkan atas sebab keselamatan.Laluan ke gunung dan air terjun Ranjani,berbukit dan berkelok2 bahaya utuk bas naik keatas,
 |
| bersama pemandu pelancung. |
 |
| Add caption |
 |
| beli lah sikit. |
 |
| Chalet di pantai Singgigi |
 |
| santai2 di pantai |
 |
| berduan menekmati udara laut. |
 |
| ibu2 dari Meru |
 |
| otai otai dari Meru. |
 |
| ibu2 nya. |
 |
| gerai makan tepi jalan. |
 |
| gerai ikan bakar. |
 |
makan tengahhari di rumah makan t
engah sawah. |
 |
rumah makan ini menyediakan masakan panas2
|
Sebelah malamnya kami makan di rumah makan nasi padang berhampiran dengan Mataram Mall.Kemudian selepas makan kami window shopping di Mataram Mall,yang penuh sesak dengan pengunjung.
Pada keseluruhan nya kami berpuashati semasa berada disini dengan pemandu pelancung nya yang baik hati dan mesra pelancung.Kami juga berpuashati dengan layanan yang diberi semasa menginap di hotel Santika dan segala kemudahan nya.
Pada keselurohan nya perbelanjaan ini agak murah,dianggarkan untuk dua orang{suami+isteri}cukup rm 1800,tambang penerbangan,hotel,penggangkutan dan makan.Kami menyewa sebuah mini bus dengan harga Rp 1.6 juta sehari.
 |
Lobby Santika Hotel.
|