Pengembaraan kali ini menuju ke Bangkok dan Kancanaburi dengan menaiki keretapi,perjalanan ini bermula pada 19/12/2016 hingga 25/12/2016,Perjalanan ini sebagai penutup tahun 2016 dan bersempena hari lahir isteri pada 17/12/2016 kebetulan kesihatan pun mengizinkan sebelum ini dua perjalanan keluar negara dibatalkan atas sebab kesihatan.Sepuloh orang ahli keluarga bersama2 dalam perjalanan ini,saya dan isteri,anak berserta keluarganya dan juga bisan juga turut serta.Perjalanan ini bermula dengan menaiki kereta sendiri menuju ke, setesen keretap Padang Besar,untuk menaiki keretapi ke Bangkok.Setelah segala urusan perkastaman dan imegeresen selesai kami menaiki keretapi ke Bangkok jam 5.00 ptg waktu thai.
| Setesen keretapi Padang Besar. |
Untuk menaiki keretapi ini pastikan barang dan makan untuk sepanjang perjalanan dibawa bersama untuk kudapan dan makan malam.Walau pun didalam keretapi ini ada cafe dan penjaja makanan berjual didalam keretapi setiap kali keretapi berhenti tetapi tidak halal.Ini ingatkan saya di tahun2 60an semasa menaiki keretapi dari Tapah Road ke Kuala Lumpur,dimana setiap kali keretapi berhenti berebut penjaja naik keretapi menjual makanan..nasi lemak,mee.bihun,air dan macam2 lagi.
Dalam keretapi waktu ini sudah petang...mula nak gelap.:
Cucu2 nampaknya seronok mereka naik keretapi tambahan pula atuk nenek,mak tuk dan tuk wan nya ikut sekali...kalau Aisyah,Adam dan Aidil ikut sekali lagi rioh dibuatnya.
Apabila jam menunjukan jam 8.00 malam,masing2 pun buka bekalan untuk makan malam,dan badan mulai penat,mula lah hendak baring pulak.Pekerja dalam keretapi mula siapkan tempat tidur atas dan bawah dan tempat tidurnya memang selesa.
Pekerja dalam keretapi kemas tempat tidur..
Nampaknya semua tidur lena kerana keletihan,tidur berbuai dalam keretapi dan bunyi bising rail keretapi tidak dihiraukan lagi..
Jam 9.40 pagi kami sampai di setesen Nakhon Pathom,disini kami turun untuk pertukaran keretapi menuju ke Kancanaburi,River Kwai Bridge,dan keretapi ini juga berhenti dibeberapa setesen kecil,perjalanan ini mengambil masa hampir 2 jam.Perjalanan ini mengingatkan saya nostalgia lama tahun 60an waktu itu satu2 nya perhubungan untuk kebandar Telok Anson adalah dengan keretapi,pergi sekolah pun menaiki keretapi.Pertukaran keretai di setesen Nakhon Pathom ini saperti dulu keretapi laluan utara ke selatan akan berhenti di setesen Tapah Road untuk pertukaran keretapi ke Telok Anson dengan melalui setesen kecil..Tapah Road--Degong--Chikus--Sg.Tukang Sidin--Permatang Halt,Sg.Kerawai dan Telok Anson.
Pekan kecil Nakhon Pathom dan setesen keretapi nya.
Di pekan ini kami ambil kesempatan berjalan2 sementara menuggu keretapi untuk ke Kancanaburi yang dijadualkan pada jam 3.00 ptg dan menyewa bilik hotel untuk 4 jam untuk mandi dan berehat.Perut mula lapar dan mula mencari kedai makan islam dan yang halal,puas bertanya dengan penduduk disini seorang pun tidak bolih bercakap melayu dan bahasa inggeris.Mujor lah terjumpa seorang wanita bertudang dan bolih bercakap bahasa melayu,jadi beliau membawa kami kegerai nasi orang islam dan halal,syukor lah dapat juga mengisi perut.
Jam 3.00 ptg kami menaiki keretapi untuk ke Kancanaburi,perjalanan ini mengambil masa satu jam setengah.Keretapi ini gerabak nya nampak usang dan tempat duduknya dari kayu begitu juga tingkapnya.
Sampai di Kancanaburi kami mencari kenderaan untuk ke hotel Aajam Resort yang teletak di tebing sungai River Kwai dan tidak jauh dari jambatan River Kwai..Kami menaiki tutut ke tempat penginapan,muat untuk kami sepuloh orang.
| bersama pemilik aajam resort. |
Sampai tempat penginapan sudah petang,badan pun sudah penat,rehat dan mandi dan hari mula gelap dan ambil tutut untuk mencari makanan islam.Malam itu pemandu membawa kami ke gerai makanan,nasib baik ada dua gerai makanan islam.macam2 ada roti canai pun ada,puas dapat makan.
Minum pagi di restoran milik hotel,terletak di atas River Kwai::Makan roti bakar saja.
.
Selapas minum pagi kami bergerak untuk melawat jambatan River Kwai dan maseum nya..
Setelah melawat di persekitaran jambatan River Kwai,melawat meseum dan membeli barangan2 untuk buah tanggan dan tanda kenangan kami menuju ke setesen keretapi River Kwai untuk ke Nam Tok dan melawat Erawan National Park.
Beli tiket keretapi untuk ke Nam Tok...lepak sementara keretapi sampai..
dalam keretapi ke Nam Tok dan pemandangan di luar nya.
Sampai disetesen Nam Tok berhenti disini dan cari tutut untuk ke Erawan Nasional Park..
Singgah di Erawan National Park dalam tiga jam dan mandi diair terjun nya..jam 6.00 ptg balik semula ke Kancanaburi dengan bas yang sedia menuggu..
Setelah menaiki bas sejam lebih kami sampai semula di Kancanaburi,waktu sudah malam,selepas makan malam kami check in di Sky Resort iaitu untuk malam keduanya.
Besoknya kami bangun awal untuk menaiki keretapi ke Thonburi,Bangkok,perjalanan mengambil masa hampir 2 jam.Dalam keretapi perut mula lapar sebab belum minum pagi lagi,dalam keretapi banyak penjaja yang menjual makanan tapi satu pun tiada yang halal,jadi kami beli buahan2 dan pisang saja untuk alas perut.
Dalam keretapi ke Thonburi.
![]() |
| setesen keretapi Thonburi. |
Dari Thonburi kami menaiki teksi untuk ke Bangkok,jarak perjalanan dekat saja,Thonburi ini sebenarnya setesen keretapi dalam bandar Bangkok juga cuma keretapi ini tidak berhenti disetesen keretai besar Bangkok itu yang di namakan Bangkok-Hua Lampong.Kami terus ke tampat penginapan dan check in di Hua Lampong Hostel,hanya seberang jalan setesen keretapi Bangkok ini.
Selepas check in kami mula cari makan tengahhari,dengan menaiku tutut,makanan halal banyak terdapat di bandar Bangkok ini.
Jalan jalan Bangkok.....
![]() |
Mesjid Darul Aman jalan Petburi,dan berkesempatan solat jumaat berjemaah disini.
Gerai makanan halal didepan mesjid dan terdapat jugak restoran2 halal di sepanjang jalan ini.
Menyusuri sungai cho prya dengan menaiki bot.
Di Bangkok kami ambil kesempatan mengunjungi beberapa tempat shopping yang menjadi tumpuan pelancung antara nya bazaar di Asiatiq,Pathpong dan beberapa shopping kompleks yang besar2.
Pada keseluruhan nya perjalanan ini amat menyeronokan terutama sekali dapat menaiki keretapi melalui kampong2 untuk ke Kancanaburi dan Erawan National Park..Perjalanan menaiki keretapi ini membangkitkan nostalgia lama di tahun 60an,dimana zaman itu satu2nya alat pengangkutan dari Sg.Tukang Sidin ke Telok Anson adalah keretapi.Dan saya kesekolah juga dengan manaiki keretapi.keretapi yang dinaiki,setesen2 dan pemandangan sepanjang perjalanan ini tidak jauh bedza nya saperti yang saya alami ditahun2 60an itu.Tapi yang penting sekali hasrat saya untuk ke Kancanaburi sekian lama tercapai untuk melihat sendiri kesan sejarah ww11 tersebut.



























No comments:
Post a Comment