Memory of Sg T Sidin: Sydney.....
Pengembaraan kali ini ialah negara Aus...: Sydney..... Pengembaraan kali ini ialah negara Australia,destinasi nya Sydney,pada masa yang sama team pencarian MH 370,berada di lautan H...
Wednesday, 8 October 2014
Memory of Sg T Sidin: Medan>>>Kualanamu International Airport (KNIA)L...
Memory of Sg T Sidin: Medan>>>Kualanamu International Airport (KNIA)
L...: Medan>>>Kualanamu International Airport (KNIA) Lapangan terbang antarabangsa Medan yang baru menggantikan lapangan te...
L...: Medan>>>Kualanamu International Airport (KNIA) Lapangan terbang antarabangsa Medan yang baru menggantikan lapangan te...
Perjalanan kali ini distinasi Medan,Prapat dan Brastagi.lawatan ini untuk 4H3M,bermula pada 25 Sept hingga 28 Sept 2014.bagi saya Medan sudah kerap kesana tapi Prapat dan Brastagi kali terakhir pada awal tahun 1980an,sudah tentu dalam tempuh yang itu banyak perubahan telah berlaku.Perjalanan kali ini disertai 16 orang termasuk isteri,kami menaiki pesawat Airasia awal pagi 7.40 dan sampai di Kualanamu Airport jam 7.35 pagi waktu tempatan.Kualanamu Airport sebuah lapangan terbang yang baru.Lapangan terbang ini di hubungi dengan keretapi laju ke bandar Medan yang ambil masa 30 minit.
Ketibaan kami dilapangan terbang di sambut olih Pak Ardi,pemandu pelancung kami semasa berada disana,menurut Pak Ardi kita semua diminta menaiki bas yang telah sedia menunggu untuk mambawa kami terus ke Prapat.Perjalanan yang mengambil masa dalam 4 jam,dan akan berhenti untuk makan dalam perjalanan dan juga akan singgah sebentar di bandar Permatang Siantar.
Yang berbaju warna pink ada lah Pak Ardi pemandu pelancung kami bersama Mail.dalam perjalanan ini kami singgah untuk minum pagi,makan berat jugak,nasi uduk dan ayam penyet.
Hj.Isa...
| Rumah makan(RM) bersama hj.Latip |
| Mail dan isteri. |
| Pak Ardi bersama krew nya,driver dan pembantunya. |
| menyelerakan. |
| bas yg selesa. |
Di bandar Permatang Siantar kami dibawa ke kilang penjual makanan ringan pelbagai jenis dari keropok,kekacang dan gula2,perusahaan ini dikenal sebagai ting,tong tang dll.Kami sampai di Prapat dalam jam 3.00ptg waktu tempatan dan terus singgah untuk makan tengahari,rumah makan nasi padang.
Selepas makan kami menuju ke tempat penginapan dan chech in di Atsari Hotel,hotel ini menghadap Danau Toba.
Cuaca pada petang itu sejuk ,mendong dan hujan sekejap2 ,semua orang duduk dalam bilik untuk beristerihat,kerana perjalanan yang mengambil masa yang lama ditambah pula dengan keadaan jalan yang sempit dan berbelok2,ini cukup memenatkan,memeningkan kepala bagi sesiapa yang tak tahan dengan keadaan jalan yang berbelok2 ini.Malam kami dibawa pusing2 pekan Prapat sambil mencari kedai makan untuk makan malam.
Hari kedua setelah minum pagi di hotel ,kami menaiki bot di Danau Toba yang luas dan air nya yang tenang menuju kepulau Somasir,sebuah perkampongan tradisi orang Batak.Pemandangan di gigi air nya sungguh cantik dengan bangunan hotel dan chelet nya.Di dalam bot kami hiburkan dengan lagu2 tempatan Batak olih seniman jalanan yang mencari sesuap nasi melalui sumbangan dari semua penumpang bot.
Pemandangan semasa menaiki bot di Danau Toba yang luas dan air yang tenang dan di hiburkan dengan lagu2 Batak olih seniman jalanan.
Di Pulau Somasir kami dibawa ke kampong Ambarita dan di bawa kerumah tradisi Batak dan melihat kesan2 peninggalan sejarah pemerintahan raja Batak.Kami dibawa ditempat lapang tempat dimana upacara pemancungan kepala dilakukan,disini Pak Ardi dan krewnya memberi penerangan dan melakunkan nya sekali.
Selepas selesai mendengar penerangan kami bebas untuk melihat2 dan membeli belah ala kadarnya.Kemudiannya kami menaiki bot semula menuju kampong Tomok dimana terletaknya istana dan tanah perkuburan raja Batak.
Pintu masuk ke perkuburan raja Batak,di kampong Tomok ,disini pelawat dimestikan memakai kain selempang,macam Herman Tino pakai tu,katanya satu penghormatan mengikut adat mereka.
ini lah pemandangan perkampongan Batak di Ambarita pada awal tahun 1980an saya kesana,,,,keadaan nya becak dan berlumpur tapi sekarang sudah berubah jalanya sudah bertar.
inilah rumah adat Batak semasa saya kesana di awal tahun 1980an,tapi sekarang sudah berubah,bila dibandingkan dengan gambar diatas.
Sebelum sampai ke Brastagi kami berhenti untuk singgah disebuah tempat yang jugak menjadi tumpuan pelancung ia itu di air terjun Si Piso Piso.
air terjun Si Piso Piso.
| pekan kecil Si Piso Piso. |
| Si Piso Piso. |
| Bazaar buahan2 Brastagi..buah limau,pisang kaki,buah salak dll. |
Kami sampai di Medan sekitar jam 9.00 malam,singgah makan dan terus chech in di hotel Inna Dharma Deli.,hotel ini terletak di tengah bandar walking distance ke setesen keretapi Medan yang menghubungi lapangan terbang Kualanamu,foodcourt Merdeka Walk dan Pasar Ikan yang menjadi tumpuan untuk membeli belah.Orang perempuan jika tak sampai di Pasar Ikan ini semacam tidak sah sampai di Medan.Badan sudah kepenatan dan semua nya terus masuk tidur untuk berehat kerana besok pemandu pelancung akan bawa kami putar2 bandar Medan dan membeli beli.
Besoknya hari ketiga kami berada di bandar Medan,selepas minum pagi kami menaiki bas melawat ke tempat pelancungan,Istana Maimon dan membeli barang2 pakaian,tudung dan telekung di Pasar Ikan yang menjadi tumpuan.
Gambar2 kenangan di Istana Maimon:
Banyak berjalan luas pandangan..
Subscribe to:
Posts (Atom)