Friday, 15 July 2016

MAKASSAR................6 Mei 2016 hingga 9Mei 2016.



Pada 4 mei 2016 maka umor saya sudah meningkat 65 thn,maka sebagai hadiah harijadi untuk diri sendiri kali ini saya membawa isteri juga bersama kawan dari Meru melancung ke Makassar.Penerbang Airasia dari KLIA2 menuju ke LTA Ujung Pandang,Makassar penerbangan ini memgambil masa lebih kurang 3 jam.Sampai di Ujung Pandang sudah lewat petang kemudian menaiki teksi menuju ke hotel ,sewa teksi avanza Rp 150,000.Dan check in di hotel Scralet Makassar.,hari sudah malam jadi program nya sekadar makan malam.

scralet hotel akassar

Soto makassar.
 Soto makassar ini sedap juga..kuah sop,nasi himpit dan satay...dua kali makan disini.








Hari kedua perjalanan seperti yang di rancang terganggu sikit dan memulakan perjalanan lewat tengahari,maka hajat  untuk melancung diluar kota dibatalkan.Kerana seorang kawan ini mengalami sesak nafas dan sakit dada,kebetulan beliau terlupa membawa ubat untuk jantung.Jadi kena bawa beliau kehospital dan rehat dalam kereta sewa.Perjalanan hari ini di mulakan dengan melawat Benteng dan kawasan sekitarnya,disini banyak replika rumah2 lama penduduk Makassar.





Juga berkesempatan melawat Port Rotterdam,kubu lama belanda,dan rumah tahanan Deponegoro dan mesuem .



Waktu asarnya singgah sembahyang di mesjid agong dan disini terdapat sebuah quran besar yang dipamerkan.




Seharian jalan2 di beberapa tempat tumpuan pelancung....































































Hotel penginapan tidak jauh dari sebuah mesjid jadi kami ambil kesempatan solat suboh di mesjid ini....













Perjalanan kali hanya sekitar bandar Makassar sahaja disebab seorang peserta mengalami sesak nafas,untuk menjaga kesihatan dan keselesaan nya kami buat keputusan untuk tidak meneruskan lawatan diluar bandar Makassar.Insayaallah jika ada kelapangan saya merancang untuk kesana sekali lagi.Syukor lah perjalanan ini selamat dan tiada apa2 yang membingkan dan kami selamat sampai di Kuala Lumpur.

No comments:

Post a Comment