Sunday, 8 April 2018





KRABI....Sawadikap...X Kastam Ipoh 70/80





Pada 28/1/2018 hingga 31/1/2018 seramai 20 orang dari group Ex. Kastam Ipoh 70/80 telah membuat lawatan ke Krabi dengan menaiki keretapi  ETS dari Kuala Lumpur ..Ipoh..Padang Besar dan terus ke Krabi dengan menaiki 2 buah van pelancungan.














Peserta2 dari Kuala Lumpur bertemu dengan peserta dari Ipoh dalam satu gerabak ETS maka bermula lah pengembaraan ini dengan meriahnya.Masing2 bersalaman dan berpelukan melambangkan begitu eratnya hubungan sesama mereka.Ini mengenangkan kembali nostalgia lama dimana masing2 waktu itu bujang terang tantang lagi maklum lah waktu itu masing2 baru berumor 20an
Kami sampai di setesen keretapi Padang Besar jam 12.05,dan terus ambil teksi untuk ke pemereksaan kastam dan imegeresen Padang Besar Malaysia,setelah segala beres,kami dibawa  ke tempat pemereksaan kastam dan imegeresen Padang Beso Thailand pula.Setelah segala prosidur dilalui
kami dibawa olih pemandu pelancung menaiki van yang siap sedia menunggu.Ada dua van semua nya,masing ambil tempat kemudian terus saia ke Krabi.Kami bertolak sekitar jam 1.00 tengahhari,perjalananan yang agak panjang dan lama.Kami berhenti di RnR Trang untuk makan dan solat,RnR ini lengkap dengan segala kemudahan untuk makan,surau, tandas dan gerai jualan makanan ringan dan kedai cendermata,RnR ini bersih dan restoran2 nya menyediakan makanan Islam.  


Kami sampai di AoNang Beach Krabi jam 8.00 malam dan check in di Hasnah Palace,hotel ini dimiliki olih orang Islam.Disini banyak terdapat kedai makanan Islam,bab untuk dapatkan makanan halal tiada masaalah,diseberang jalan di tengah pekan ini terdapat sebuah mesjid yang besar.



Setelah segala urusan check in selesai,kami dibawa makan malam di restoran Flores,makanan siam.
Hujan sungguh lebat malam itu jadi kami terperangkap untuk beberapa waktu untuk menunggu hujan teduh.











Malam itu olih kerana hujan maka tidak dapat lah untuk berjalan2 dan shopping , sekadar pusing2 pekan Aonang ini melihat2 dari atas van sahaja.Malam itu tidak banyak aktiviti2 di lakukan,ada yang keletihan dan masuk tidur tapi banyak juga yang berjalan shopping di kedai2 yang berhampiran degan hotel dan ke Spa untuk massage untuk mengilangkan kepenatan setelah berjam2 dalam van.
Besok nya semua pesreta dikehendaki turun jam 7.00 thai time untuk minum pagi serta buat persiapan untuk island hopping.

Morning walk untuk melihat pekan ini di waktu pagi.
















































  • Jam 9.00 kami semua menaiki tu tut untuk ke Aonang beach bagi tujuan menaiki tailboat yang sudah menunggu untuk membawa kami ke pulau2  dan snorkling...Kami telah diberi tahu olih pemandu pelancung supaya pakai baju yang sesuai,untuk mandi dan tidak perlu bawal tuala dan pakaian untuk bersalin.Pakai saja baju yang ada untuk mandi dan snorkling dia akan kering dengan sendirinya.












  • Aktivit Island Hopping...
































  • Aktiviti di laut berakhir dalam jam lima petang,selepas makan tengahari di pulau.dan balik hotel rehat kemudian makan malam dan aktiviti bebas shopping dan massagge spa .







Besoknya 30/1 serapan pagi di hotel dan bertalok balik ke Hatyai dan singgah di taman pertanian,taman gajah dan seterunya makan tengahari di sebuah pulau dengan menaiki boat di bandar Krabi.













Singgah beberapa jam di taman gajah dan terus ke Krabi untuk makan tengahari di seberang sungai yang berhadapan dengan pekan Krabi dengan menaiki boat..





























Puas makan di retoran ini semua ada ikan,udang,ketam semua besar dan segar,selepas makan gambar dulu dipekan Krabi.



Sampai di Hatyai jam 9.00 dan terus makan malam di Salmah restoran dan kemudian check in di Hop In hotel,rehat sebentar dan keluar semula untuk aktiviti shopping di Qeenway station ,free and easy.Besok nya bangun awal untuk shopping di pekan Hatyai dan melawat beberapa tempat sebelum bertolak ke Padang Besar untuk menaiki keretapi ETS untuk balik ke Ipoh dan Kuala Lumpur.












  • Jam 6.00 ptg kami menaiki ETS ke destinasi masing2..saya sampai dalam jam 10.00 mlm diIpoh,
  • waktu berpisah masing2 berpelukan dan bersalaman dan ternyata lawatan ini meninggalkan banyak kenangan .Dan ada yang bertanya lepas ini kemana pula kita..
Selamat tinggal dan jumpa lagi....











SAWADIKAP...


No comments:

Post a Comment